mcmc
Kisah Kejayaan

KISAH KEJAYAAN PUAN AIZAH(PENGERUSI GPW)

Lokasi = Felda Cempaka Jengka 2, Maran, Pahang 
Nama = Siti Aizah bte Hj Yahya
 
Puan Aizah berumur 64 tahun, merupakan  suri rumah & pengerusi GPW Jengka 2. Selain itu beliau mendapat pendidikan sehingga peringkat SPM
  
Kisah kejayaan
1.Saya mulakan dengan mengenali laman web Google dan membina akaun emel (gmail)sendiri bagi memudahkan urusan kerja selaku Pengerusi GPW. Selain itu saya juga membuka akaun Facebook bagi perkongsian maklumat juga memuat turun aktiviti yang di jalankan setiap bulan.
2.Dengan adanya internet, saya dapat menyebarkan maklumat secara terus dan meluas melalui facebook.
 
 
 Maklumbalas daripada Puan Aizah :
 
1.Dengan adanya Pusat Internet  dan kemudahan yang disediakan amat membantu komuniti di sini merangkumi pelajar,golongan bekerja,surirumah dan pesara. Selain itu PI juga membantu komuniti untuk lebih celik IT.
2.Antara sebab yang dapat menarik saya datang ke PI Felda Jengka 2 adalah kerana kemudahan yang disediakan serta keramahan petugas yang melayan dan mengajar saya tanpa jemu.
3.PI dapat membantu komuniti disini dengan cara menyediakan kelas-kelas serta latihan kepada komuniti. Komuniti juga perlu memberi sokongan terhadap kelas dan latihan yang diadakan. 
4.Menambah baik kelajuan internet serta KTW di Felda Jengka 2.Setakat ini kemudahan yang di sediakan di sini memuaskan hati.