
STATISTIK HARIAN KEMALANGAN SELURUH NEGARA TAHUN 2025
Berikut merupakan laporan statistik kemalangan dan jumlah kematian yang terlibat pada 19 Julai 2025 (Sabtu).
Sebanyak 1,875 kes kemalangan direkodkan dengan membabitkan 15 kematian. Terdapat penurunan sebanyak 44 kes kemalangan dan satu kes kematian dicatatkan berbanding hari sebelumnya.
Para pengguna jalan raya dinasihatkan agar memandu secara berhemah dan sentiasa mengikuti peraturan yang telah ditetapkan serta memastikan undang-undang jalan raya dipatuhi tanpa kompromi.
“Sayangi diri, jauhi kemalangan”.
Sumber: Jabatan Siasatan Dan Penguatkuasaan Trafik PDRM