
[KERATAN AKHBAR PILIHAN] SCAM ALERT: ELAK TERJEBAK PENIPUAN PELABURAN TIDAK WUJUD
Mahu mendapatkan wang yang banyak dengan cara mudah, menyebabkan ramai orang semakin terjebak dengan penipuan pelaburan tidak wujud ketika ini.
Cara mudah untuk mengenal pasti penipuan itu adalah ia menjanjikan pulangan yang tinggi dengan risiko atau modal yang rendah.
Selain itu, penipu atau “scammer” kebiasaannya menjanjikan keuntungan yang tidak masuk akal.
Menariknya, penipu itu akan berusaha menyamar dengan menggunakan nama atau organisasi pelaburan sedia ada yang jelas tiada rekod yang sahih.
Malah, ada kes yang penipu berusaha mendesak mangsa melabur dengan kadar segera bagi mendapatkan pulangan yang diimpikan dalam masa singkat. Penipu juga sering menggunakan gambar testimoni palsu mempamerkan pelanggan yang sudah berjaya mendapatkan pulangan itu bagi mendapatkan kepercayaan mangsa baharu.
Ketahui jenis “scam” terdapat beberapa jenis penipuan pelaburan tidak wujud. la termasuk Skim Ponzi, iaitu pelabur lama dibayar menggunakan hasil daripada pelabur baharu.
Skim itu dikesan beroperasi secara kitaran kerana tiada pelaburan yang sahih dan hanya menyasarkan pelabur baharu untuk mendapatkan wang.
Bagaimanapun, tarikan utama Skim Ponzi adalah janji untuk mendapatkan keuntungan yang tinggi dengan risiko rendah.
Sumber: CIMB