
KERATAN AKHBAR PILIHAN: 17 KES TIPU HAJI, UMRAH DALAM SEBULAN
Shah Alam, 7 Februari 2025 – Sebanyak 17 kes penipuan haji dan umrah direkodkan melibatkan kerugian RM364,620 sejak awal Januari hingga 2 Februari lalu.
Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Komersil (JSJK), CP Dato’ Sri Ramli Mohamed Yoosuf berkata, sejumlah 44 kes penipuan haji dan umrah melibatkan kerugian RM890,810.53 disiasat pada tahun lalu.
“Orang ramai terutama bakal haji diingatkan supaya berjaga-jaga dengan tawaran pakej visa mujamalah atau furada.
“Kita percaya wujud cubaan penipuan bagi visa haji furada atau visa mujamalah sebagaimana yang berlaku sebelum ini,” katanya dalam sidang akhbar di Pejabat JSJK, Menara KPJ di sini pada Khamis.