Komuniti di Felda Jengka 2 terdiri daripada pelbagai latar belakang. Antara bidang keusahawanan yang mereka ceburi adalah perniagaan makanan, kedai runcit, pembekal tumbuhan herba, kontraktor kecil dan sebagainya.Antara fungsi PI1M adalah membantu komuniti di sini untuk meningkatkan lagi taraf hidup mereka dengan membantu mereka dari segi asas keusahawanan dan sebagainya.
1. Mak Timah Beriani
Syarikat katering ini telah bermula sejak tahun 2005/2006 dengan fokus mengambil tempahan sekitar Wilayah Jengka. Pelbagai menu yang di sediakan oleh syarikat ini dan pelanggan juga boleh mengikut menu mereka dengan harga yang berpatutan.
Untuk sebarang pertanyaan dan tempahan, boleh menghubungi nombor telefon seperti di bawah :-
En. Zaharudin : 014-8204064
2. Sue Lyana Roti
Beliau mengusahakan perniagaan roti beliau secara kecil-kecilan di rumah dan permintaan terhadap roti-rotinya semakin meningkat kebelakangan ini. Beliau sedang dalam proses untuk mendapatkan bantuan oven yang lebih besar dari pihak yang berkenaan. Antara produk roti yang dihasilkan adalah seperti roti sarang lebah, roti berinti kacang, donut dan pelbagai lagi.
Roti Sarang Lebah
Donut
Untuk pertanyaan dan tempahan, sila hubungi nombor yang tertera di bawah :-
Sue Lyana : 017-9564424
Facebook : Sue Lyana (Shamsuliana)