Bentuk perniagaan Puan Mardiana adalah surirumah sepenuh masa. Bermula dengan jualan kek disekitar jengka 2 dan akhirnya berjaya membuka mini bakeri dirumahnya. Latar belakang Sebelum ini, Puan Mardiana hanyalah seorang surirumah sepenuh masa. Di awalnya, beliau hanya menjual kek dikalangan kenalan dan penduduk jengka 2 sahaja. Selepas beberapa tahun mengikuti kelas di NADI Felda Jengka 2, beliau akhirnya berjaya membuka mini bakeri dirumahnya sendiri dan menerima tempahan dari luar Jengka 2. Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan NADI Pendapatan bulanan beliau hanya sekitar RM250 – RM300/ month. Selepas penggunaan ICT/ penglibatan NADI Melalui kelas latihan keusahawanan yang dibimbing oleh NADI Felda Jengka 2, Puan Mardiana kini telah memiliki pages di facebook beliau bagi mempromosikan kek dan manisan dan video-video pembuatan kek nya. Pelanggan beliau dapat mengetahui produk jualan beliau melalui facebook tersebut. Pendapatan bulanan beliau kini mencecah RM500- RM 1000/ sebulan. |
Kisah Kejayaan
11 July 2024
KISAH KEJAYAAN (USAHAWAN) PUAN MARDIANA
