mcmc
Keusahawanan

BUDI MADANI : PROGRAM SUBSIDI DIESEL BERSASAR

APAKAH BUDI MADANI ?

  • •Untuk menangani isu ini, program bantuan subsidi diesel bersasar yang dipanggil BUDI MADANI telah diperkenalkan. Individu yang layak, terutamanya pengguna minyak diesel bersubsidi sedia ada, akan menerima wang tunai RM200 yang dikreditkan terus ke akaun mereka setiap bulan setelah harga minyak diesel diapungkan semula.

 

KELAYAKAN MENERIMA BANTUAN BUDI MADANI

  • Jika anda termasuk dalam dua kategori ini, anda layak untuk inisiatif ini. Program BUDI MADANI merangkumi dua kategori penerima; BUDI Individu dan BUDI Agri-Komoditi:

  • •Jika anda seorang pemilik kenderaan diesel peribadi, anda perlu memenuhi beberapa syarat khusus untuk layak menerima bantuan BUDI Individu.

  • •Jika anda seorang petani, penternak, atau pekebun komoditi skala kecil, anda perlu menepati beberapa syarat yang ditetapkan untuk layak mendapatkan bantuan BUDI Agri-Komoditi.

MACAM MANA CARA NAK DAFTAR ‘BUDI MADANI’ JIKA BELUM MENDAFTAR ?

Pendaftaran telah dibuka sejak 28 Mei dan masih terbuka sepanjang tahun melalui portal ‘budimadani.gov.my‘.

Untuk permohonan yang dihantar dan diluluskan menjelang 3 Jun 2024, bayaran pertama akan diterima menjelang pertengahan Jun. Bayaran bagi permohonan yang lebih lambat dari tarikh tersebut akan dikreditkan dalam tempoh dua minggu.

Bantuan tunai akan dikreditkan ke akaun bank anda setiap bulan. Mereka yang tiada akaun bank boleh menuntut bantuan tunai BUDI Individu mereka di mana-mana cawangan Bank Simpanan Nasional (BSN) di seluruh Semenanjung Malaysia.