Laporan Aktiviti

LAPORAN AKTIVITI MAC NaDi JENGKA 2

STEM: Pengenalan Kepada Ekologi

TARIKH/MASA : 02.03.2024 , 9.00 Pagi – 11.00 Pagi
TEMPAT : NaDi Jengka 2
JUMLAH PESERTA : 10 Orang

 

Tujuan:

Memberi penguasaan kepada anak muda khususnya remaja dalam bidang STEM yang menjadi teras dalam industri 4.0. Hal ini dapat melahirkan generasi muda yang mempunyai intelektual tinggi dalam sains dan teknologi. Melalui kuiz mengenai STEM,ianya dapat merangsang minat anak-anak muda dalam bidang sains,teknologi,kejuruteraan dan matematik dengan cara menyeronokkan dan menarik.

Aktiviti:

Peserta diberi pendedahan tentang ekologi dalam konsep STEM seterusnya diberi kuiz untuk memntapkan lagi pemahaman mereka. Menjawab soalan kuiz STEM dapat membantu remaja memperoleh kemahiran kritikal seperti pemikiran kritis dan penyelesaian masalah.

Gambar Disini

 

Kuiz Penghayatan Ramadhan

TARIKH/MASA : 15.03.2024 , 2.30 Petang – 4.00 Petang
TEMPAT : NaDi Jengka 2
JUMLAH PESERTA : 10 Orang

 

Tujuan:

Bulan Ramadhan adalah salah satu bulan yang penuh keberkatan dan kerahmatan. Justeru, pihak NaDi telah mengambil inisiatif mengadakan pembelajaran yang berkaitan dengan bulan Ramadhan agar dapat memberi kesedaran kepada anak-anak tentang pentingnya meningkatkan amal ibadah dalam bulan Ramadhan disamping meningkatkan penghayatan Islam di kalangan mereka. Penghayatan Ramadhan kepada golongan remaja tidak hanya memberi manfaat dari segi keagamaan, malah juga dari aspek pengawalan diri dari makan dan minum serta tindakan-tindakan tertentu.

Aktiviti:

Peserta diberi taklimat dan kuiz tentang pentingnya penghayatan dalam bulan Ramadhan. Dengan ini,mereka dapat memahami tentang pentingnya pengendalian diri dan meningkatkan hubungan dengan Allah.

Gambar Disini

 

 Kelas Keusahawanan: Penggunaan Online Banking

TARIKH/MASA : 27.03.2024 , 9.00 Pagi – 11.00 Pagi
TEMPAT : NaDi Jengka 2
JUMLAH PESERTA : 1 Orang

 

Tujuan:

Penggunaan perbankan internet semakin meluas di seluruh dunia khususnya di negara kita. Tambahan pula pertambahan aplikasi untuk pembelian online seperti Shopee, Lazada, Tiktok dan lain-lain, perbankan internet memudahkan masyarakat untuk melakukan transaksi dan semakan pada bila-bila masa contohnya seperti Maybank2U dan CIMB Click. Dengan mempelajari cara yang betul menggunakan perbankan internet, ia membantu menguruskan wang mereka dan membuat perancangan kewangan dengan teliti melalui semakan baki akaun dan pengesanan perbelanjaan.

Aktiviti:

Mengajar peserta membuat kunci keselamatan untuk keselamatan akaun bank, semakan akaun dan melakukan pembayaran transaksi melalui atas talian menggunakani saluran aplikasi bank yang betul.

Gambar Disini