Imunisasi merupakan proses penghasilan antibodi bagi membentuk imuniti terhadap jangkitan penyakit cegahan vaksin yang spesifik.
Program Imunisasi merupakan langkah kesihatan awam yang selamat dan menjimatkan kewangan untuk mengawal penularan penyakit berjangkit cegahan vaksin dalam kalangan kanak-kanak.
Oleh itu, ibu bapa perlu memastikan kanak-kanak mendapat suntikan imunisasi seperti yang telah dijadualkan.