Pendedahan kepada cuaca panas boleh menyebabkan sistem badan gagal mengawal suhu badan lalu menyebabkan peningkatan suhu badan yang tinggi sehingga terjadinya strok haba.
Strok haba (heat stroke) boleh berlaku dengan tanda-tanda berikut:

Panas, kulit kering, tetapi tidak berpeluh

Fungsi mental terjejas – Kekeliruan/kebingungan

Koma

Sawan

Strok haba boleh menyebabkan maut.

Kekal hidrasi dan elakkan melakukan aktiviti fizikal apabila berada dalam keadaan letih, lapar atau dahaga yang keterlaluan di bawah sinaran matahari yang berpanjangan.

Dikongsikan rawatan segera yang boleh dilakukan sekiranya orang di sekeliling anda mengalami strok haba.