PELAN JANA SEMULA EKONOMI NEGARA (PENJANA) – “BERSAMA MENJANA EKONOMI”.
TERAS 1 : MEMPERKASAKAN RAKYAT (EMPOWER PEOPLE)
– Kerajaan memperkenalkan Pelan Jana Semula Ekonomi Negara (PENJANA) untuk menjana ekonomi negara.
– Pelan bertemakan “Bersama Menjana Ekonomi” itu membabitkan tiga (3) teras utama iaitu Memperkasakan Rakyat, Melonjakkan Perniagaan dan Merangsang Ekonomi.
– PENJANA juga merupakan strategi keempat pemulihan yang diambil Kerajaan dalam berdepan cabaran COVID-19.
– Secara keseluruhan, terdapat 40 Inisiatif bernilai RM35 bilion akan dilaksanakan di bawah PENJANA. Daripada jumlah tersebut, RM10 bilion merupakan suntikan fiskal langsung Kerajaan.
Sumber: Kementerian Kewangan Malaysia