Nama : Puan Norhaslinda binti Khalim Umur : 44 tahun Ahli : 2017 |
Latar Belakang
Puan Linda mula berniaga di rumah secara kecil-kecilan dari tahun 2012 . Sejak mengenali Pusat Internet Jengka 2, beliau telah mempelajari cara membuat pemasaran secara online dengan betul dan membuat COD.
Sebelum Penggunaan ICT
Pendapatan bulanan beliau hanya sekitar RM200– RM400 sahaja sebulan.Selain itu Puan Linda hanya membuat 1 atau 2 jenis kuih sahaja dalam sehari.
Selepas Penggunaan ICT
Melalui kelas latihan keusahawanan yang dibimbing oleh Pusat Internet Felda Jengka 2, (Puan Linda)Saya telah telah menggunakan FB/Whatsap sendiri untuk mempromosikan hasil jualan saya.. Setelah saya mengwar-warkan di dalam internet,hasil jualan saya semakin dikenali. Bukan sahaja didalam Jengka 02, malah turut dikenali di sekitar Jengka lain. Perniagaan juga bertambah maju dengan mengikuti kelas-kelas di Pi Jengka 2.