Sempena dengan hari sukan negara, pihak PI juga mengambil peluang untuk mengadakan hari jualan produk komuniti kepada masyarakat setempat selama 2 hari bertempat di sekolah menengah, kebangsaan dan tadika di Felda Cempaka Jengka 2. Ini adalah bagi memperkenalkan dashboard MY Shop pusat internet dan seterusnya memberi galakan dan meyokong perniagaan ahli komuniti setempat. Terdapat pelbagai menu makanan yang disediakan bagi menarik perhatian pelanggan, contohnya seperti, bombolini, nasi hujan panas, air goncang, nasi berlauk dan campuran pelbagai jenis air