mcmc
Kisah Kejayaan

Kisah Kejayaan (Encik Mohd Nurul Hafis)

Usahawan Makanan

Nama: Mohd Nurul Hafis bin Pazil

Umur : 33 tahun

Ahli: 2019

 

 

Latar belakang

Encik Hafis mula berniaga dengan membuka khemah di hadapan rumah secara kecil-kecilan dari tahun 2017 . Sejak mengenali Pusat Internet Jengka 2, beliau telah mempelajari cara mengambil order secara online dengan betul dan membuat COD.

Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan PI

Pendapatan bulanan beliau hanya sekitar RM500– RM800 sahaja sebulan.Selain itu Encik Hafis hanya menggunakan khemah untuk berniaga.

Selepas penggunaan ICT/ penglibatan PI

Melalui kelas latihan keusahawanan yang dibimbing oleh Pusat Internet Felda Jengka 2, (Encik Hafiz)Saya telah telah menggunakan FB/instagram/Whatsap sendiri untuk mempromosikan hasil jualan saya.. Setelah saya mengwar-warkan di dalam internet,hasil jualan saya semakin dikenali. Bukan sahaja didalam Jengka 02, malah turut dikenali di sekitar Jengka lain dan Bandar Jengka. Perniagaan juga bertambah maju dengan mengikuti kelas-kelas di Pi Jengka 2. Saya telah Berjaya membina kedai yang lebih besar dan selesa untuk pelanggan menikmati makanan terus di kedai.