mcmc
AKTIVITI SEMASA

Maklumat Am

Merupakan salah satu daripada kawasan petempatan peneroka Felda yang telah dibuka sekitar 1971. Jengka 2 berada di dalam kawasan daerah Maran dan terletak berhampiran Felda Jengka 3 & Ulu Jempol. Perjalanan dari Bandar Jengka yang terletak 10 kilometer mengambil masa kira-kira 10 minit.Terdapat lebih daripada 400 buah keluarga yang terdiri daripada generasi pertama, kedua dan ketiga peneroka.

Kawasan penempatan Jengka 2 terbahagi kepada beberapa  peringkat iaitu Peringkat 1 ,Peringkat 2 dan Peneroka Baru dan JKR. Setiap peringkat mengandungi sekurang-kurangnya 80 orang penduduk.

Antara kemudahan yang terdapat adalah masjid, Klinik kesihatan Jengka Dua, Sekolah Rendah Kebangsaan Jengka 2, Sekolah Menengah Kebangsaan Jengka 2, Sekolah Agama Rakyat, PASTI Darul Quran, dewan serbaguna, padang bola, taman rekreasi dan juga tempat untuk beriadah di waktu petang. selain daripada itu, warga komuniti jengka 2 sangat aktif dalam kumpulan gerakan seperti KRT, GPW, BELIA dan JKKK.

 

Apa yang menarik di jengka 2? apa kata anda datang dan merasainya sendiri.. komuniti jengka 2 semestinya adalah komuniti yang peramah dan meriah. Selain dari itu, juga terdapat pelbagai kedai dan gerai menjual barangan dan makanan di sekitar kawasan Jengka 2. Kedai yang baru dibuka adalah kedai mengubah tayar menjadi barang perhiasan seperti angsa atau naga.Pelbagai jenis makanan seperti makanan western, kuih-muih untuk minum petang, barangan mentah dan runcit. malahan ada juga kedai perkakas menjual pelbagai barang dan perabot untuk kegunaan harian komuniti. Juga terdapat beberapa bengkel motor di sekitar kawasan tempat tinggal penduduk. Ini memudahkan penduduk untuk membaiki pengangkutan mereka tanpa perlu pergi ke bandar.