Ketika terdedah kepada cuaca panas, seseorang individu berisiko mengalami kehilangan cecair tubuh seterusnya mengakibatkan dehidrasi.
Kehilangan cecair tubuh boleh mengakibatkan keletihan, sakit kepala, sembelit dan kulit kering.
Dehidrasi yang melampau boleh mengakibatkan tekanan darah rendah, sawan, pengsan dan kerosakan buah pinggang.
Orang ramai dinasihatkan untuk memastikan pengambilan air kosong yang cukup untuk menghindari daripada penyahhidratan yang memberi kesan terhadap kesihatan khasnya ketika menghadapi keadaan cuaca panas.